Sunday, 17 November 2019

2019 | Taman Ular Ulu Bendul Menggamit Pengunjung

Di penghujung 2019 ini, Taman Ular Ulu Bendul telah dinaiktaraf dengan sebuah galeri yang cukup informatif buat pengunjung-pengunjung. Memuatkan bahan-bahan pameran seperti kulit ular, rangka ular, telur ular, tayangan dan beberapa sudut info, galeri ini sememangnya dapat menjadi lubuk info buat mereka yang ingin mengenali spesies reptilia unik ini.

Taman Ular Ulu Bendul terletak di dalam Taman Eco Rimba Ulu Bendul, di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Selain dapat beriadah di sekitar rimba, para pengunjung dapat merasai peluang bermesra dengan reptilia eksotik dan menyaksikan sendiri pameran-pameran yang disediakan.

Bagi mereka yang menggemari aktiviti hiking, Gunung Angsi tersergam untuk diterokai.

Terdapat juga chalet-chalet baru yang telah dinaiktaraf di bawah kendalian Jabatan Hutan Kuala Pilah. Boleh hubungi mereka untuk proses booking dan inquiries.

Sesuai dijadikan tempat untuk bergambar


Front view galeri


Pameran kulit ular


Rangka ular


Sudut info

Tv untuk tayangan


Kulit ular

Jambatan gantung





Sunday, 21 January 2018

Bunga 3D | 3D Flowers | Fabric Flowers

 Bunga 3d menggunakan material chiffon untuk menaikkan seri shawl mahupun baju plain anda. 
Pelbagai jenis bunga 3d yang kami hasilkan. 
Sebarang tempahan boleh hubungi Facebook/Instagram kami : ART OF DAZZLING BEADS.










 




Nikah Dress + Matching Veil

Simple plain kurung moden with matching chiffon veil for Qina from Senawang, Negeri Sembilan. 
Using plain border lace, montee, glass beads and few long beads to enhance the kurung. For veil, I'm using chiffon material with patching montee. Simple but really gorgeous








Saturday, 7 October 2017

Custom Made Baby Booties

✂ Made from printed/plain cotton. Mix & match with denim or knitted fabric (inside layer).
.
.
✂ Free patterns uploaded pada yang nak try buat. Sumber hasil menggodek Mr. Google je.
.
.
✂ Each part kena potong 4 keping untuk each pair.
.
.
✂ Boleh jahit  full getah or separuh je ikut kesesuaian atau mana yang berkenan.
.
.
✂ Nak order pun boleh. Bagi fabric or pilih fabric yang akan diberi.
.
.
✂ Size setakat ni S M L only.
.
.
✂ Nak lagi comel boleh tambah accessories macam ribbon bow, bunga fabric or fancy button.













Saturday, 29 July 2017

Cuti- Cuti Malaysia : Taman Ular Ulu Bendul, Negeri Sembilan

UPDATED 11 MARCH 2018

Taman Ular Ulu Bendul terletak di Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan salah satu daya tarikan pelancong tempatan  dan juga luar negara.  Terletak berhampiran Gunung Angsi yang menjadi lokasi para pencinta alam semulajadi, taman ular ini menyediakan info-info dan pameran reptilia hidup dan beberapa species avians/burung untuk tatapan umum. 

Berkonsepkan mini zoo, anda pastinya akan berasa teruja apabila dapat melihat sendiri secara dekat hidupan-hidupan reptilia ini yang pastinya akan mengubah persepsi anda tentang kewujudan mereka. 

Untuk sampai ke sini, anda bole menggunakan HIGHWAY PLUS - Exit Senawang dan terus menghala ke KUALA PILAH. Atau anda boleh menggunakan HIGHWAY LEKAS-EXIT KUALA PILAH.

Landmark terbaik adalah Hutan Lipur Ulu Bendul yang menjadi tumpuan rekreasi di hujung minggu mahupun cuti sekolah. 

Bagi mereka yang ingin bermalam, boleh menginap di chalet-chalet yang telah disediakan oleh Jabatan Hutan Kuala Pilah di talian 06-4811036. Anda hanya perlu booking terlebih dahulu sebelum datang ye. Boleh rujuk post sebelum ini :

http://miralittlehobby.blogspot.my/2015/03/jom-cuti-cuti-negeri-sembilan-hutan.html


Namun, rate/kadar sewa telah berubah mengikut ketetapan jabatan ye.

p/s : direct call Pejabat Hutan Kuala Pilah ye, jangan la gigih call sy, sy cuma berkongsi info sahaja. Harap baca detail post sampai habis ye.

Berwajah baru dah taman ular ni. Cantikkan signage ni.

Ni update terbaru jugak tapi betul-betul tepi jalan utama nak masuk. Bukan dekat main entrance taman ular.


Ni kira macam tempat bergambar pun boleh, tempat santai pun boleh sebab nak sampai atas ni jenuh mendaki dlu. 



Ruang pameran berkaca. Please do not knock the glass or provoke the snakes ok ?

Anaconda house !!

Dulu sni rumah ular sawa besar tapi kita dah pindah dorang naik cage atas.

Boardwalk top to avians cages








Yellow Anacondas



Yellow Anaconda. Bukan mcm dlm movie tu tau, yg tu Green Anaconda

Front view



Stairs to jambatan gantung





Arkib/ Gallery ni tempat pameran ular-ular awet.