Saturday, 7 October 2017

Custom Made Baby Booties

✂ Made from printed/plain cotton. Mix & match with denim or knitted fabric (inside layer).
.
.
✂ Free patterns uploaded pada yang nak try buat. Sumber hasil menggodek Mr. Google je.
.
.
✂ Each part kena potong 4 keping untuk each pair.
.
.
✂ Boleh jahit  full getah or separuh je ikut kesesuaian atau mana yang berkenan.
.
.
✂ Nak order pun boleh. Bagi fabric or pilih fabric yang akan diberi.
.
.
✂ Size setakat ni S M L only.
.
.
✂ Nak lagi comel boleh tambah accessories macam ribbon bow, bunga fabric or fancy button.













Saturday, 29 July 2017

Cuti- Cuti Malaysia : Taman Ular Ulu Bendul, Negeri Sembilan

Taman Ular Ulu Bendul terletak di Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan salah satu daya tarikan pelancong tempatan  dan juga luar negara.  Terletak berhampiran Gunung Angsi yang menjadi lokasi para pencinta alam semulajadi, taman ular ini menyediakan info-info dan pameran reptilia hidup dan beberapa species avians/burung untuk tatapan umum. 

Berkonsepkan mini zoo, anda pastinya akan berasa teruja apabila dapat melihat sendiri secara dekat hidupan-hidupan reptilia ini yang pastinya akan mengubah persepsi anda tentang kewujudan mereka. 

Untuk sampai ke sini, anda bole menggunakan HIGHWAY PLUS - Exit Senawang dan terus menghala ke KUALA PILAH. Atau anda boleh menggunakan HIGHWAY LEKAS-EXIT KUALA PILAH.

Landmark terbaik adalah Hutan Lipur Ulu Bendul yang menjadi tumpuan rekreasi di hujung minggu mahupun cuti sekolah. 

Bagi mereka yang ingin bermalam, boleh menginap di chalet-chalet yang telah disediakan oleh Jabatan Hutan Kuala Pilah di talian 06-4811036. Anda hanya perlu booking terlebih dahulu sebelum datang ye. Boleh rujuk post sebelum ini :

http://miralittlehobby.blogspot.my/2015/03/jom-cuti-cuti-negeri-sembilan-hutan.html


Namun, rate/kadar sewa telah berubah mengikut ketetapan jabatan ye.

p/s : direct call Pejabat Hutan Kuala Pilah ye, jangan la gigih call sy, sy cuma berkongsi info sahaja. Harap baca detail post sampai habis ye.