Sunday 17 November 2019

2019 | Taman Ular Ulu Bendul Menggamit Pengunjung

Di penghujung 2019 ini, Taman Ular Ulu Bendul telah dinaiktaraf dengan sebuah galeri yang cukup informatif buat pengunjung-pengunjung. Memuatkan bahan-bahan pameran seperti kulit ular, rangka ular, telur ular, tayangan dan beberapa sudut info, galeri ini sememangnya dapat menjadi lubuk info buat mereka yang ingin mengenali spesies reptilia unik ini.

Taman Ular Ulu Bendul terletak di dalam Taman Eco Rimba Ulu Bendul, di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Selain dapat beriadah di sekitar rimba, para pengunjung dapat merasai peluang bermesra dengan reptilia eksotik dan menyaksikan sendiri pameran-pameran yang disediakan.

Bagi mereka yang menggemari aktiviti hiking, Gunung Angsi tersergam untuk diterokai.

Terdapat juga chalet-chalet baru yang telah dinaiktaraf di bawah kendalian Jabatan Hutan Kuala Pilah. Boleh hubungi mereka untuk proses booking dan inquiries.

Sesuai dijadikan tempat untuk bergambar


Front view galeri


Pameran kulit ular


Rangka ular


Sudut info

Tv untuk tayangan


Kulit ular

Jambatan gantung





No comments:

Post a Comment